Cabutan Bertuah RM1 juta

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Umno yang hadir pada sambutan Ulang Tahun Umno ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei ini berpeluang menang cabutan bertuah bernilai kira-kira RM1 juta.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, enam kereta Proton iaitu Perdana, Suprima, Persona, Preve, Iriz, Saga dan sebuah Perodua Myvi serta 10 motosikal menanti ahli.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka hanya layak menyertai cabutan itu itu apabila mendaftar sebagai ahli Umno dan pemilih selain menghadirkan diri pada acara sambutan berkenaan.

“Mereka juga perlu mendaftar hadir di Bukit Jalil menerusi aplikasi Malaysia4all bermula semalam sehingga 12 tengah hari, 10 Mei,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan sambutan ulang tahun Umno ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Selasa.

Katanya, hadiah itu sebagai menghargai ahli  yang hadir dan memperjuangkan parti terutama bagi menghadapi PRU14.

Beliau berkata, bagi menjamin ketelusan, sebuah agensi audit antarabangsa dilantik bagi mengawal selia cabutan bertuah berkenaan.

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata, pelbagai program  sempena sambutan ulang tahun termasuk sukan seperti bola sepak dan tarik tali serta pelepasan larian bendera bermula 1 Mei secara serentak di Perlis, Kelantan, Johor dan Sabah yang berakhir di Bukit Jalil pada 11 Mei.

Selain itu, beliau berkata, karnival kerjaya turut diadakan pada 10 Mei di perkarangan stadium berkenaan.

Katanya, pihak urus setia sambutan turut menganjurkan pertandingan esei dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta rakaman video berdurasi tidak melebihi tiga minit bertemakan ‘tujuh dekad membangunkan bangsa’.

"Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori bakal menerima wang tunai RM5,000, RM3,000 (kedua) dan RM2,000 (ketiga) serta hadiah iringan iaitu plak dan gajet," katanya.

Ab Rauf berkata, mereka yang berminat boleh menghantar esei tidak melebihi 1,500 patah perkataan dan video menerusi emel eseiumno71@gmail.com. - Bernama


Tags / Kata Kunci: Umno , Stadium Bukit Jalil

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan