SPRM, Pejabat Berdaftar Mahkamah Persekutuan Jalin Kerjasama

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 4:43 PM

Dzulkifli (kiri) bersama Latifah dalam satu pertemuan pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan bersetuju bekerjasama untuk memperbaiki pentadbiran mahkamah supaya lebih mampan dan teguh dari sudut integriti.

Kerjasama itu dibincangkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dan Ketua Pendaftar Datuk Seri Latifah Mohd Tahar dalam satu pertemuan pada Rabu.

Menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan bersempena pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam penambahbaikan pentadbiran Mahkamah Khas Rasuah.

Menurut SPRM, kedua-dua pihak juga bersetuju bekerjasama dari segi berkongsi maklumat dan pandangan dalam isu berkaitan rasuah, salah guna kuasa serta peningkatan kemampuan dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang serta memelihara integriti dalam badan kehakiman negara.

"SPRM berharap inisiatif ini akan dapat memelihara dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kedua-dua organisasi ini," kata suruhanjaya itu.-Bernama

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan