Penalti 100 Peratus Jika Elak Cukai

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 7:25 PM

Pegawai LHDN bergambar sebelum pelepasan pada Majlis Perasmian Operasi Gegar Bersepadu di Dewan Hasil Kompleks Bangunan Kerajaan, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penalti seratus peratus nilai cukai terhadap individu dan syarikat yang mengelak atau melapor cukai pendapatan tidak tepat, akan berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Ketua Pengawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Sabin Samitah berkata penalti itu adalah maksimum yang dikenakan berbanding penalti 45 peratus nilai cukai sekarang.

"Misalnya jika mereka atau syarikat elak cukai RM1juta, maka mereka perlu bayar penaltinya RM1juta juga iaitu 100 peratus nilai cukai yang dikenakan," katanya.

Penalti 100 peratus itu boleh dikenakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Gegar Bersepadu (G127B) di sini, Rabu.

Sabin berkata penalti yang lebih tinggi itu diharap dapat memberi kesedaran kepada individu dan syarikat terhadap tanggungjawab membayar cukai pendapatan mereka.

Mengenai Ops G127B dari 10 hingga 14 April, lawatan banci bisnes dan perniagaan, serahan notis sekatan perjalanan kerana tunggakan cukai, serahan notis tindakan mahkamah dan saman serta audit majikan dan audit potongan cukai bulanan akan dijalankan. – Bernama


Tags / Kata Kunci: LHDN , cukai

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan