Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat Akibat Hujan Lebat

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 9:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang melanda ibu negara petang Rabu menyebabkan beberapa jalan utama di sekitar ibu kota mengalami banjir kilat.

Ketua Pengurusan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata jalan berkenaan ialah Jalan Kuching, Jalan Sentul, Jalan Genting Klang, Jalan Pahang, Jalan Tun Razak serta Jalan Loke Yew.

Turut terjejas, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Bukit Bintang, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Maarof, Taman Melati, Sungai Besi, Brickfields, Batu Muda Tambahan, Wangsa Maju, Jalan Semantan dan Jalan Tuanku Abd Halim.

Samsol Maarif berkata hujan lebat pada 5.30 petang tadi menyebabkan limpahan air dari saluran longkang akibat tidak dapat menampung jumlah air yang terlalu banyak.

"Kawasan yang dinaiki air adalah kawasan rendah dan pihak bomba telah menempatkan 11 pegawai dan anggota untuk bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Setakat ini, keadaan trafik di sekitar ibu negara masih terkawal," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, beliau berkata terdapat sebatang pokok tumbang di Batu MudaTambahan yang menghalang lorong utama dari pusat bandar ke kawasan kediaman itu.

"Kerja-kerja pembersihan telah dijalankan dan jalan itu boleh digunakan sepenuhnya kira-kira 8 malam," katanya.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Banjir Kilat , KL

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan