Dakwaan Yayasan Sabah Muflis Tidak Benar - Musa Aman

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 9:40 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menafikan dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong kononnya Yayasan Sabah kini muflis dan tenat.

Musa yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata dakwaan Jaujan adalah bohong, sama sekali tidak benar dan jelas telah mengelirukan sidang Dewan Undangan Negeri.

"Saya perlu menjernihkan keadaan dan membetulkan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar. Yayasan Sabah mempunyai aset bernilai RM14 bilion dan wang tunai yang melebihi RM420 juta. Yayasan Sabah juga memberi berjuta-juta dalam bentuk biasiswa tahunan.

"Bagaimana Yayasan Sabah dapat melakukan ini dan semua projek serta program-program lain jika Yayasan Sabah berada dalam keadaan kritikal?," katanya ketika membidas kenyataan Jaujan pada sesi perbahasan persidangan DUN di sini pada Rabu.

Terdahulu, Jaujan (Warisan-Sulabayan) ketika membahas ucapan dasar Yang Dipertua Negeri Sabah mendakwa terdapat anak syarikat Yayasan Sabah mengalami kerugian dan mendakwa Yayasan Sabah kini dalam keadaan tenat.

Musa menjelaskan bahawa mana-mana organisasi yang mempunyai banyak anak syarikat, memang tidak dinafikan ada antara syarikat yang mengalami kerugian.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna keseluruhan organisasi entiti perniagaan tersebut muflis atau berada dalam keadaan kritikal, katanya.

"Kenyataan (Adun Sulabayan) seperti ini bukan sahaja tidak bertanggungjawabtetapi juga menunjukkan kurang pemahaman tentang perjalanan organisasi seumpama itu.

"Jika Adun Sulabayan tidak jelas tentang apa yang sedang berlaku, beliau amat dialu-alukan ke Yayasan Sabah dan mendapatkan taklimat daripada pegawai kanan di sana," katanya.

Dalam pada itu, Musa turut menyifatkan kenyataan Jaujan itu sebagai paling tidak adil kepada kakitangan dan pengurusan Yayasan Sabah yang selama ini telah bekerja keras untuk berkhidmat kepada rakyat.

Menurutnya, dakwaan seumpama itu juga adalah tidak bagus kerana menjejas semangat para pelajar tajaan biasiswa Yayasan Sabah termasuk mereka yang berada di luar negara selain menimbulkan kebimbangan dalam kalangan mereka. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Adun Selabayan , Musa Aman , Yayasan Sabah

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan