Jangan Kaitkan Nanyang Siang Pau Dengan Charlie Hebdo - Khalid

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 2:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan orang ramai supaya tidak mengaitkan kartun kontroversi dalam akhbar Nanyang Siang Pau dengan majalah Charlie Hebdo di Perancis.

"Saya tidak mahu mengaitkan perkara itu dengan Charlie Hebdo tetapi saya mahu menasihatkan orang ramai bahawa kita perlu sensitif. Kita hidup dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama.

"Jadi jangan buat perkara atau siar lukisan atau tulisan yang boleh mencetuskan kejengkelan dalam masyarakat. Kita perlu berhati-hati dengan perkara ini ," katanya kepada pemberita sempena Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, pagi Rabu.

Khalid berkata polis menerima kira-kira 20 laporan polis berhubung perkara itu.

"Biar kita siasat dan serahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara," katanya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Nanyang Siang Pau berikutan penerbitan kartun kontroversi yang didakwa mengejek dua ahli politik.

Pada 8 April lepas, akhbar berkenaan menyiarkan sebuah kartun di portal mereka, yang menggambarkan seekor monyet memakai songkok dan dilabelkan sebagai ‘speaker’ manakala seekor lagi monyet memakai serban dan diberi label ‘Hadi Awang’.

Kedua-dua monyet berkenaan digambarkan sedang bertenggek di atas dahan sebuah pokok yang diberi label ‘Akta 355’.

Akhbar tersebut bagaimanapun telah memohon maaf kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penyiaran kartun yang dianggap menghina kedua-dua pemimpin itu.

Tags / Kata Kunci: Nanyang Siang Pau , Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan