Fama Serbu Pasar Chow Kit, Kesan Peniaga Tak Label Hasil Pertanian

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 1:00 PM

Pengarah Bahagian (Cawangan Penguatkuasaan) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Mohd Nawawi Harun (kiri) bersama Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memeriksa harga, pembungkusan dan pelabelan di Pasar Chow Kit, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bersama beberapa agensi penguat kuasa hari ini menjalankan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (GPL) ke atas lebih 1,000 gerai hasil pertanian di Pasar Awam Chow Kit, di sini, Rabu.

Pengarah Bahagian (Cawangan Penguatkuasaan) Fama, Muhd Nawawi Harun berkata operasi yang bermula 9 pagi ini mendapati 37 peniaga tidak meletakkan label GPL pada hasil pertanian yang dijual.

"Pada operasi ini, peniaga terlibat hanya diberi peringatan kali pertama selain diberikan penerangan mengenai pelaksanaan Peraturan GPL.

Selepas ini, kami akan membuat pemeriksaan susulan untuk memastikan peniaga betul-betul memahami kehendak Peraturan GPL dan tindakan akan diambil jika ada peniaga yang masih ingkar," katanya kepada pemberita semasa operasi itu.

Muhd Nawawi juga berkata, sebanyak 20 sampel masing-masing buah-buahan dan sayur-sayuran diambil bagi tujuan kajian makmal secara menyeluruh mengenai sisa racun perosak yang terkandung dalam hasil pertanian itu.

Turut terlibat dalam operasi bersepadu itu adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia.

Muhd Nawawi berkata menurut Peraturan GPL, para peniaga hasil pertanian mesti meletakkan maklumat Label GPL iaitu nama keluaran pertanian, gred, saiz, negara atau tempat asal hasil pertanian serta harga.

Menurutnya peniaga yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan tindakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Katanya Peraturan GPL di bawah Akta Fama 141 yang dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun 2013 itu bertujuan membantu pengguna menangani kenaikan kos sara hidup dengan mengenal pasti dan membuat penilaian terhadap sesuatu hasil pertanian yang hendak dibeli.

Ia juga dilaksanakan untuk membantu kehidupan para petani dengan memastikan setiap hasil pertanian dijual pada harga yang sewajarnya. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Fama , Pasar Chow Kit

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan