Calon BN Kalah PRU Tak Perlu Tanding Lagi

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Calon parti komponen BN yang pernah bertanding tetapi kalah pada pilihan raya umum (PRU) sebelum ini dinasihat tidak bertanding pada PRU ke-14 (PRU14), kata Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berpendapat sedemikian kerana terdapat wakil rakyat sedia ada dan calon yang pernah bertanding dan kalah menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen pada PRU14 akan datang.

"Mungkin mereka mempunyai jawatan di peringkat parti sebagai ketua bahagian. Kalau dia sudah jadi calon dua kali tetapi kalah dua kali, jadi tak payah lah minta nak dicalonkan lagi," katanya.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, Rabu.

Beliau berkata bagaimanapun parti boleh mengesyorkan mana-mana calon untuk bertanding namun keputusan sama ada terpilih atau tidak akan ditentukan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Apa pun saya ucapkan terima kasih terhadap sebahagian mereka yang menyatakan hasrat (bertanding), saya menghargainya namun pemilihan bukan hanya dibuat oleh parti semata-mata kerana ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan.

"Sekiranya seseorang itu masih dikehendaki oleh rakyat di kawasannya, kita akan membuat penilaian sewajarnya terhadap calon berkenaan," katanya.

Menurut Zambry, BN Perak telah mempunyai senarai nama dan sedang membuat penilaian untuk memilih calon berpotensi untuk dicadangkan bertanding pada PRU14.

"Mungkin nama dalam senarai akan berubah. Mesyuarat telah bermula dari  semasa ke semasa sehingga nama yang layak bertanding dimuktamadkan," katanya.

Dalam pada itu, Zambry berkata semua parti komponen BN Perak telah membuat persiapan awal termasuk memantapkan gerak kerja jentera parti di kawasan yang akan ditandingi.

"Persiapan perlu dibuat kerana masa yang ada lebih kurang setahun dari sekarang sehingga tempoh (mandat kerajaan BN sekarang) tamat pada Mei 2018, maka menjadi kewajipan kami memulakan persiapan ini," katanya. –Bernama

Tags / Kata Kunci: BN , Zambry , PRU14

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan