SPRM Jejak ‘Ah Chong’

Diterbitkan: Selasa, 11 April 2017 7:47 PM

Khairul Anuar Baharum atau lebih dikenali sebagai 'Ah Chong'.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan bekas pemain bola sepak Kebangsaan, Khairul Anuar Baharum bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana.

Menurut SPRM, Khairul Anuar yang lebih dikenali sebagai ‘Ah Chong’ diminta hadir bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur perlawanan membabitkan pasukan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA).

Suruhanjaya itu berkata, Ah Chong pernah bermain untuk pasukan Selangor dan Negeri Sembilan.

“Ah Chong diminta hadir ke ibu pejabat SPRM secepat mungkin bagi membantu siasatan.

“Jika gagal berbuat demikian, tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap Ah Chong mengikut peruntukan undang-undang yang ada,” menurut kenyataan itu.

Menurut SPRM, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Ah Chong diminta menghubungi pegawai penyiasat, penguasa, Mohd Fadzli Alias di talian 03-88867000 atau 018-2744533.

Khamis lalu, tiga pemain bola sepak MIFA termasuk seorang pemain import direman tujuh hari oleh SPRM bagi membantu siasatan mengambil rasuah daripada bookie.

Pada Jumaat, seorang bookie berusia 49 tahun direman selama enam hari berhubung kes berkenaan.

Siasatan awal mendapati suspek menerima wang rasuah antara RM10,000 hingga RM30,000 daripada bookie untuk menentukan keputusan perlawanan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan