Fasa Baharu Pemandu Teksi

Diterbitkan: Selasa, 11 April 2017 9:26 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemandu teksi  bakal memasuki fasa baharu selepas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memperkenalkan program terkini yang memberi manfaat kepada semua.

Salah satunya adalah pelaksanaan mengklafikasi semula lesen teksi, yang akan menetapkan asas tambang yang rasional.

Struktur semasa mempunyai lima kategori teksi yang berbeza dan ianya akan diselaraskan kepada tiga sahaja.

"Kami cuba untuk menukar semua kategori yang berkaitan kepada teksi sahaja, dan menyewakan kereta serta limosin sebaik sahaja mencecah had sepuluh tahun.

"Mereka boleh memilih untuk menjadi teksi bermeter, kereta sewa, atau jika kereta mereka kategori premier atau eksekutif, maka ia akan menjadi limosin," jelas jurucakap SPAD kepada The Star pada Isnin.

Kategori lesen semasa melibatkan teksi lapangan terbang, teksi bajet, teksi eksekutif, teksi premier dan teksi 1Malaysia.

Pada 31 Mac lalu, SPAD mengeluarkan satu surat pekeliling untuk pembatalan lesen teksi semasa dan digantikan dengan kategori yang lebih mudah.


Pekeliling itu menyatakan bahawa pengendali lesen yang telah mencapai had umur maksimum akan diberi tempoh enam bulan untuk memindahkan kepada tiga kategori baharu ini.

SPAD menjelaskan bahawa pada masa ini, terdapat terlalu banyak kategori yang menimbulkan kekeliruan.

Dengan pekeliling yang baharu ini, SPAD tidak akan memperbaharui lesen semasa.

"Setiap kereta berusia lebih 10 tahun perlu ditukar. Kami mahukan perubahan supaya menjadi lebih lancar, "katanya.

SPAD juga berkata jika teksi berusia tiga tahun, mereka boleh meneruskan dalam kategori sedia ada.

"Kita tidak akan campur tangan. Kami sedar ia memerlukan kos yang banyak untuk mengecat semula, jadi mereka dibenarkan untuk terus berada di bawah skim sedia ada," katanya.

Pengelasan teksi semula adalah sebahagian daripada Program Transformasi Industri Teksi oleh SPAD yang diumumkan Ogos lalu bagi menyelesaikan isu yang dihadapi industri ini.

Menurut SPAD, program ini bertujuan untuk mewujudkan situasi yang adil malah akan memberi manfaat kepada pemandu mahupun penumpang.

Tags / Kata Kunci: SPAD

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan