Nanyang Siang Pau Diberi Surat Tunjuk Sebab

Diterbitkan: Selasa, 11 April 2017 6:47 PM

Perhimpunan anjuran Pemuda PAS Selangor di luar perkarangan pejabat Nanyang Siang Pau ketika menyerahkan memorandum bantahan dan mendesak akhbar itu memohon maaf terhadap karikatur menghina Presiden Pas, Speaker Dewan Rakyat dan RUU 355. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau diberi surat tunjuk sebab oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung penyiaran karikatur yang menghina Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, kementerian telah memanggil ketua pengarang akhbar Nanyang Siang Pau pada Selasa.

Katanya, surat tunjuk sebab dikeluarkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 dan penerbit akhbar itu diberi masa tempoh tiga hari untuk menjawab.

“Karikatur itu mungkin memudaratkan ketenteraman awam kerana mengalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian dan pra sangka buruk terhadap orang atau kaum lain.

“Ia juga secara tidak langsung seolah-olah telah mempersendakan Parlimen dan agama Islam kerana Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang digambarkan dalam karikatur itu berkait dengan hal ehwal agama Islam,” kata Alwi.

Dilaporkan, lakaran kartun yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau pada Sabtu lalu menggambarkan seekor monyet memakai serban yang digambarkan sebagai Abdul Hadi berada di atas pokok 355.

Ia diterbitkan dua hari selepas Abdul Hadi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 pada Khamis lalu.

Dalam kartun berkenaan, Nanyang Siang Pau telah menyamakan Pandikar sebagai monyet yang lari meninggalkan sebuah pokok.

Ia ditafsirkan sebagai tindakan Pandikar yang menangguhan perbahasan pindaan RUU 355 di Dewan Rakyat baru-baru ini ke sidang akan datang.

Karikatur itu juga menunjukkan sekumpulan monyet yang bertekak di bawah pokok berkenaan.

Bagaimanapun, Nanyang Siang Pau membuat permohonan maaf pada Isnin di atas penyiaran karikatur itu, malah kartun tersebut yang turut disiarkan di laman web berita di eNanyang.my telah ditarik balik.

Terdahulu, Dewan Pemuda PAS pada Selasa berhimpun di luar pejabat Nanyang Siang Pau bagi menuntut kerajaan mengenakan tindakan tegas berhubung penyiaran karikatur berkenaan. 

Pada bantahan itu, PAS mendesak permohonan maaf secara terbuka dibuat melalui perutusan surat rasmi kepada presiden parti melalui keluaran akhbar bercetak, selain mahukan mendesak supaya insiden dan kesilapan yang menyentuh sensitiviti umat Islam dalam negara tidak berulang.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan