Hadi Awang, Tuan Ibrahim Menang Tanpa Bertanding

Diterbitkan: Selasa, 11 April 2017 12:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing apabila menang tanpa bertanding selepas proses pencalonan bagi Muktamar ke-63 parti itu.

Hadi, 69, memegang jawatan Presiden PAS sejak 2002 menggantikan allahyarham Datuk Dr Fadzil Noor manakala Tuan Ibrahim, 56, memegang jawatan nombor dua parti sejak 2015..

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi parti itu berkata Muktamar PAS Pusat ke-63 akan diadakan di Kedah pada 29 April hingga 1 Mei ini, bagi memilih barisan kepimpinan sesi 2017/2019 untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Sebelum itu, Dewan-Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat akan mengadakan Muktamar di peringkat masing-masing mulai 27 April ini.

"Setelah pencalonan ditutup, jawatan Pengerusi Tetap yang disandang Hussin Ismail dan Timbalan Pengerusi Tetap (Kamal Shaari), Presiden dan Timbalan Presiden telah dimenangi tanpa bertanding oleh penyandang.

"Terdapat lima calon untuk jawatan Naib Presiden termasuk tiga penyandang sebelum ini dan 40 orang telah dicalonkan untuk 18 jawatan anggota Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipilih oleh perwakilan," kata Takiyiddin.

Tiga penyandang Naib Presiden ialah anggota Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad; Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; dan Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad.

Turut dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden ialah Ketua Penerangan PAS yang juga anggota Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan; serta Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Bharu.

Takiyuddin berkata calon tersenarai yang menerima pencalonan masing-masing dikehendaki membuat pengesahan sebelum 17 April.

Menurut Takiyuddin, peraturan pemilihan kali ini memerlukan sekurang-kurangnya 10 pencalonan untuk layak disenaraikan sebagai calon pada pemilihan kali ini berbanding dengan dua pencalonan sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: PAS , Hadi Awang , Tuan Ibrahim

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan