Datuk Seri, Anak Ditahan Skandal Tanah Di Pulau Pinang

Diterbitkan: Selasa, 11 April 2017 9:20 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang individu bergelar Datuk Seri dan anaknya yang berstatus Datuk berhubung siasatan skandal tanah membabitkan Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dari syarikat pemaju hartanah terkemuka di negeri itu yang disenaraikan di Bursa Malaysia ditahan pada kira-kira pukul 7 malam Selasa ketika hadir untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Datuk Seri berusia 74 tahun itu yang juga penasihat syarikat pemaju tersebut ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang, manakala anaknya yang merupakan pengarah urusan syarikat berusia 47 tahun ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

“Kedua-dua suspek dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan mereka dan menjual tanah milik anak syarikat yayasan tanpa melalui proses dan tatacara yang ditetapkan pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga asal,” katanya.

Menurut sumber, syarikat pemaju hartanah yang berpengkalan di Georgetown itu didapati membangunkan beberapa hartanah di sekitar Pulau Pinang termasuk di Bandar Kepala Batas dan Tanjung Bungah.

"Perbuatan mereka dipercayai mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan sejak beberapa tahun lalu," ujar sumber.

Penahanan kedua beranak itu susulan SPRM menahan seorang pemegang amanah yayasan tersebut di Pulau Pinang pada 29 Mac lalu kerana disyaki salah guna kuasa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut, sambil menambah kedua-duanya akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown pada Rabu untuk direman.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama iaitu penjara tidak lebih 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan