Tiada Rakyat M'sia Cedera Dalam Serangan Bom Di Mesir

Diterbitkan: Isnin, 10 April 2017 3:43 PM

Keadaan gereja di bandar Tanta di Mesir selepas serangan bom pada Ahad. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian serangan bom di dua buah gereja Kristian Koptik di Mesir, yang mengorbankan 47 orang dan mencederakan 137 orang, pada Ahad.

Wisma Putra, dalam kenyataan di sini Isnin, berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah akan terus memantau perkembangan insiden serangan tersebut.

Menurut kenyataan itu, kerajaan Malaysia mengutuk keras serangan bom di Gereja Koptik Mar Girgis di Tanta dan Kathedral Koptik Ortodoks Saint Mark di Iskandariah.

Susulan kejadian itu, kerajaan Mesir telah mengisytiharkan keadaan daurat di negara berkenaan.

"Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Mesir serta kepada keluarga dan mangsa yang terlibat  dalam insiden serangan tersebut," menurut kenyataan itu.

Wisma Putra mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di Mesir supaya sentiasa berhati-hati dan peka terhadap keadaan keselamatan mereka.

Menurut kenyataan itu, serangan bom pertama di Tanta itu telah meragut 29 nyawa dan mencederakan 71 orang manakala serangan kedua di Iskandariah telah mengorbankan 18 orang dan mencederakan 66 orang.

Sebarang pertanyaan atau bantuan boleh dikemukakan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah menerusi talian +20237610013, +20100276388 atau menerusi e-mel mwcairo@kln.gov.my. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan