Exco Selangor Akui Silap Garis Panduan Rumah Ibadat

Diterbitkan: Isnin, 10 April 2017 3:12 PM

Teng Chang Khim.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Exco Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, beliau akan mengambil tanggungjawab penuh ke atas garis panduan negeri berhubung pembinaan rumah ibadat bukan Islam.

Garis panduan itu berkuat kuasa pada Januari lalu, dan terdapat banyak klausa dianggap ketat dan bukan dalam semangat kebebasan beragama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor itu termasuk cadangan bahawa rumah ibadat bukan Islam tidak boleh dibina dalam lingkungan 50 meter dari kediaman orang Islam.

Garis panduan tersebut turut mencadangkan supaya rumah ibadat bukan Islam tidak boleh tinggi daripada masjid berdekatan, dan sebarang pembinaan itu di kawasan yang mempunyai penduduk berbilang kaum memerlukan persetujuan penduduk dalam radius 200 meter.

Menurut Chang Kim, klausa yang ketat itu disedarinya semasa draf berkenaan dibentangkan kepada beliau.

"Saya kemudian meminta ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menelitinya dan mengambil perhatian terhadap semua klausa yang dianggap tidak sesuai untuk komuniti berbilang kaum dan agama," katanya.

Beliau berkata, ahli majlis itu telah melakukan seperti yang diarahkan dan ia dihantar ke jabatan perancangan negeri.

"Seorang pegawai kanan di jabatan itu memberikan saya salinan untuk dimuktamadkan dan saya membuat kesilapan menandatanganinya tanpa meneliti pindaan yang dibuat.

"Oleh itu, saya mengambil tanggungjawab penuh dan memohon maaf kepada rakyat Selangor," kata Chang Kim kepada The Star.

Chang Kim berkata, beliau akan membawa perkara itu pada mesyuarat exco kerajaan negeri pada Rabu dan meminta supaya peruntukan itu ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Sebuah portal berita tempatan memetik Chang Kim sebagai berkata bahawa beliau akan menawarkan diri untuk meletakkan jawatan berhubung isu tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata, ia sekadar memberikan penjelasan.

"Saya beritahu wartawan itu yang saya telah buat silap, dan manusia sememangnya tidak terkecuali melakukan kesilapan.

"Saya juga memberitahu bahawa sekiranya dia merasakan kesilapan yang dibuat itu adalah besar dan perlu meletakkan jawatan disebabkan hal itu, saya bersedia untuk melakukannya," tambahnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan