Rakyat M'sia Tak Setuju Umur Bersara Naik Kepada 65 Tahun

Diterbitkan: Isnin, 10 April 2017 7:18 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan cadangan menaikkan umur persaraan dari 60 tahun kepada 65 tahun.

Menerusi kaji selidik yang dikendalikan The Star Online membabitkan 3,780 peserta baru-baru ini mendapati 66 peratus daripada mereka mengundi "tidak" bagi cadangan menaikkan umur persaraan.

Ia juga mendapati majoriti yang terlibat dalam kaji selidik iaitu 1,556 peserta memilih 55 tahun sebagai umur persaraan yang ideal, dan hanya tujuh peratus mengundi untuk 70 tahun.

Menerusi kaji selidik itu juga mendapati sentimen umum yang membantah kenaikan umur persaraan itu kerana mahu memberi peluang tenaga kerja kepada generasi muda.

Rohana Ahmad, 53, yang mengikuti kaji selidik itu berkata: "Selepas usia 55 tahun, kita perlu menghabiskan masa untuk diri sendiri. Kita seharusnya memberikan peluang kepada generasi muda untuk mengambil alih dengan idea yang lebih kreatif dan inovatif.

Seorang lagi peserta, Bakia, 48, berkata: "Kita menyedari bahawa prestasi (kerja) akan menurun apabila usia meningkat. Ada segelintir yang mendapat bayaran kerana membuat kerja yang sikit. Berikan saja peluang kepada generasi muda."

Yutt, 25, berkata: "Ia bertujuan untuk mewujudkan lebih banyak kerja-kerja baharu untuk orang-orang muda. Ia juga menghentikan beban warga emas yang terpaksa berdepan dengan teknologi terbaru."

Ahad lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menjelaskan bahawa kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menaikan umur persaraan wajib dari 60 tahun kepada 65 tahun.

Beliau berkata demikian bagi menafikan laporan media yang menyebut bahawa kerajaan merancang untuk menarikkan umur persaraan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan