Kartun Persenda Hadi, Pandikar: Nanyang Siang Pau Mohon Maaf

Diterbitkan: Isnin, 10 April 2017 8:31 PM

Abdul Hadi (kiri) dan Pandikar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau membuat permohonan maaf berhubung penyiaran karikatur yang didakwa mempersendakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet.

Menurut akhbar itu dalam satu kenyataan pada Isnin, kartun tersebut yang turut disiarkan di laman web berita di eNanyang.my telah ditarik balik.

“Merujuk kepada kartun siaran Nanyang Siang Pau di muka surat B2 yang bertarikh 8 April 2017, Nanyang Siang Pau ingin meminta maaf kepada Pandikar dan Abdul Hadi terhadap segala masalah yang timbul daripada kartun yang tidak wajar tersebut,” katanya.

Dilaporkan, lakaran kartun yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau pada Sabtu lalu menggambarkan seekor monyet memakai serban yang digambarkan sebagai Abdul Hadi berada di atas pokok 355.

Ia diterbitkan dua hari selepas Abdul Hadi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 pada Khamis lalu.

Dalam kartun berkenaan, Nanyang Siang Pau telah menyamakan Pandikar sebagai monyet yang lari meninggalkan sebuah pokok.

Ia ditafsirkan sebagai tindakan Pandikar yang menangguhan perbahasan pindaan RUU 355 di Dewan Rakyat baru-baru ini ke sidang akan datang.

Karikatur itu juga menunjukkan sekumpulan monyet yang bertekak di bawah pokok berkenaan.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Selangor akan mengadakan perhimpunan tunjuk perasaan di luar pejabat Nanyang Siang Pau di Petaling Jaya, pagi Selasa.

Demonstrasi yang dijadualkan pada pukul 11 pagi itu turut membabitkan serahan memorandum bantahan berhubung penyiaran karikartur berkenaan.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan