Najib Kecam Serangan Bom Dua Gereja Di Mesir

Diterbitkan: Isnin, 10 April 2017 12:08 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak mengecam serangan bom ke atas dua buah gereja di bandar Tanta dan Iskandariah di Mesir pada Ahad yang menggorbankan puluhan nyawa.

"Saya begitu jelak dengan serangan pengecut di gereja di Tanta dan Iskandariah. Pada masa berkabung ini (di Mesir), ingatan dan doa kami bersama keluarga mangsa yang hilang dan rakyat Mesir.

"Serangan ini adalah satu lagi peringatan kepada ancaman keganasan. Kita tidak boleh menyerah, dan setiap kekejaman perlu menguatkan tekad kita," katanya menerusi Facebook beliau pada Isnin.

Najib berkata hasrat Daesh hanyalah untuk memecahbelahkan masyarakat sama ada penganut Islam, Kristian atau agama lain.

Namun jelas beliau, serangan tersebut hanya akan menyaksikan penentangan lebih kuat masyarakat dalam melawan ancaman kumpulan pelampau itu.

Dilaporkan 40 nyawa terkorban dalam serangan di dua buah gereja di bandar Tanta dan Iskandariah di Delta Nil pada Ahad.

Insiden itu turut mendorong Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, mengisytiharkan darurat selama tiga bulan.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , serangan bom , gereja

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan