Tindakan Mahfuz Serbu Masuk Dewan Kurang Sopan - Ahmad Bashah

Diterbitkan: Isnin, 10 April 2017 6:00 PM

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (kanan) ketika menyampaikan pembentangan mengenai pembukaan secara 24 jam pintu sempadan Malaysia-Thailand pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Isnin.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan tindakan anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyerbu masuk bagi menyerahkan memorandum bantahan kepadanya sebaik sidang Dewan Undangan Negeri ditangguhkan pada Isnin sebagai kurang sopan.

Katanya beliau sudahpun mengarahkan pegawainya supaya menerima memorandum tersebut bagi pihak beliau seperti amalan biasa yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin kerajaan sebelum ini.

"Namun tindakan Mahfuz enggan menyerahkannya kepada wakil saya sebelum menyerbu beramai-ramai masuk ke dalam dewan adalah tidak sopan dan saya tidak fikir ia boleh diterima oleh mana-mana pihak.

"Mahfuz sepatutnya memahami perkara itu dan beliau ada peluang untuk berjumpa saya untuk bertanyakan hal itu di masa lain kerana saya (bersikap) terbuka," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Mahfuz hadir bersama-sama 14 penduduk yang membantah tanah mereka di Kampung Baru, Jalan Padang Tembak, Bukit Pinang yang didakwa mahu diambil oleh Permodalan Kedah Berhad bagi tujuan pembinaan rumah kakitangan kerajaan.

Ahmad Bashah turut mempersoalkan niat Mahfuz itu yang tidak ubah seperti mahu mencari populariti sekaligus menutup kelemahannya di kawasan yang diwakilinya.

-- Bernama
Tags / Kata Kunci: Mahfuz , Kedah , Ahmad Bashah

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan