Lapangan Terbang Sibu Kembali Beroperasi

Diterbitkan: Isnin, 10 April 2017 8:46 AM

Pesawat MAS tergelincir ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Sibu pada malam Sabtu.

(Ubah saiz teks)

SIBU: Lapangan Terbang Sibu kembali beroperasi pada tengah malam Ahad, 12 jam lebih awal daripada yang disasarkan berikutan penutupan pada Sabtu selepas pesawat MAS tergelincir dari landasan.

Pengurus lapangan terbang itu, Zainuddin Abu Nasir berkata kerja-kerja penyelenggaraan beberapa lubang di landasan tersebut selesai kira-kira pukul 11 malam Ahad.

Katanya, NOTAM (notis kepada juruterbang) telah dihantar kepada syarikat penerbangan mengenai penyambungan semula operasi di lapangan terbang itu yang sebelum ini hanya dijadualkan dibuka semula pada tengah hari Isnin.

Lapangan terbang itu ditutup kira-kira pukul 11 malam Sabtu selepas pesawat MAS dari Kuala Lumpur tergelincir ketika cuba mendarat dalam cuaca hujan lebat pada pukul 10.17 malam Sabtu.

Kira-kira 3,000 penumpang terkandas selepas penerbangan dibatalkan susulan insiden itu.

Penyambungan semula operasi di lapangan terbang itu membawa berita gembira kepada penumpang.

Penerbangan mereka yang terjejas dengan penutupan itu akan dijadualkan semula pada Isnin.

Lapangan Terbang Sibu menyediakan penerbangan ke Kuala Lumpur, Johor, Kuching, Miri, Bintulu dan Kota Kinabalu yang melibatkan kira-kira 48 penerbangan.

Tags / Kata Kunci: Lapangan Terbang Sibu , MAS

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan