48 Penerbangan Tiba, Berlepas Di Lapangan Terbang Sibu Batal

Diterbitkan: Ahad, 9 April 2017 11:48 AM

Gambar fail Lapangan Terbang Sibu.

(Ubah saiz teks)

SIBU: Sebanyak 48 penerbangan yang dijadual tiba dan berlepas di Lapangan Terbang Sibu pada Ahad dibatalkan berikutan kejadian pesawat MH2718 Malaysia Airlines tergelincir dari landasan malam Sabtu.

Pengurus Lapangan Terbang Sibu, Zainuddin Abu Nasir berkata, daripada jumlah itu, 28 penerbangan adalah MASwings, 16 penerbangan AirAsia dan empat penerbangan Malaysia Airlines.

Menurutnya, penerbangan itu melibatkan destinasi Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Bintulu, Miri dan Kuching. Jumlah keseluruhan penumpang yang terjejas akibat pembatalan penerbangan tersebut ialah 3,787 orang.

"Syarikat-syarikat penerbangan yang terlibat telah membuat keputusan membatalkan penerbangan mereka.

"Kita jangka operasi di Lapangan Terbang Sibu akan kembali seperti biasa jam 8 malam nanti sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengalihkan pesawat," katanya pada sidang media di sini, Ahad. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan