H5N1: Operasi Musnah Unggas, Telur Selesai, Tak Kesan Jangkitan Baharu

Diterbitkan: Ahad, 9 April 2017 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Operasi pemusnahan unggas dan telur telah selesai dilaksanakan di kesemua 36 lokasi yang disahkan positif virus H5N1 di enam jajahan di Kelantan.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar berkata operasi yang selesai semalam membabitkan jajahan di Kota Bharu (15 lokasi), Pasir Mas (enam), Tumpat (lima), Tanah Merah (satu), Bachok (enam) dan Pasir Puteh (tiga) melibatkan 51 premis.

"Jumlah pelupusan adalah sebanyak 56,953 ekor ternakan unggas dan 17,531 biji telur," katanya dalam kenyataan, Ahad.

Jelasnya tiada lokasi baharu yang disahkan positif virus selesema burung tersebut dan tiada pengesanan jangkitan baharu selama 11 hari sehingga Sabtu.

Namun, katanya orang ramai diminta melaporkan kepada pejabat veterinar yang terdekat jika ada apa-apa kejadian kematian ayam.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: H5N1 , Kelantan

iklan

Video

Rabu, 28 Jun 2017 3:30 PM

Kenapa Amyra Rosli Geram?

Rabu, 28 Jun 2017 12:00 PM

Amboi... Nabil Tak Puas Hati Dengan Skrip?

Rabu, 28 Jun 2017 9:00 AM

Lucu... Kisah Raya Floor88

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 12:09 PM

Kisah Raya 3 Teruna

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan