Aktiviti 'Mat Lajak' Dilapor Pada MB Johor

Diterbitkan: Ahad, 9 April 2017 7:49 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Laporan lengkap mengenai aktiviti berbasikal secara berbahaya yang melibatkan 22 remaja di bandar raya ini, baru-baru ini, sudah disiapkan dan diserahkan kepada Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata laporan diserahkan pada Selasa lepas iaitu sehari sebelum bermulanya Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri, Rabu lepas.

"Laporan tersebut telah kita (polis) siapkan dan serahkan kepada Menteri Besar kerana kita tidak mahu perkara ini berada di 'tangan' polis sahaja. Jadi, tugas di pihak polis telah selesai.

"Saya telah dimaklumkan bahawa Menteri Besar juga telah mengeluarkan arahan untuk menjalankan kajian mengenai undang-undang sedia yang kita boleh gunakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertandingan menembak sempena Hari Polis ke-210 bersama media Johor di Ladang REM, di sini pada Ahad.

Laporan berkenaan dibuat susulan penahanan 22 remaja pada 2 April lepas yang masih menjalankan aktiviti berlumba basikal di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, lokasi sama yang meragut lapan nyawa 18 Februai lalu.

Antara yang terkandung di dalam laporan berkenaan adalah supaya ibu bapa remaja yang ditahan berulang kali menunggang basikal diubah suai secara berbahaya di bandar raya ini, dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Kanak-kanak 2001.

Remaja yang ditahan terdiri daripada 20 remaja lelaki dan dua perempuan dengan 14 daripada mereka adalah penunggang basikal manakala baki merupakan penonton yang berusia 14 hingga 17 tahun.

Dalam kejadian 3 pagi, 18 Februari lepas, lapan remaja maut dan lapan lagi cedera dengan dua daripada mereka kritikal selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.

Tags / Kata Kunci: Mat Lajak

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan