Husam Dilantik Naib Presiden Amanah

Diterbitkan: Ahad, 9 April 2017 3:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Amanah melantik Datuk Husam Musa mengisi jawatan Naib Presiden parti itu, berkuat kuasa Ahad.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir pada sidang media Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Himpunan Cina Selangor - Kuala Lumpur.

"Sukacita dimaklumkan Datuk Husam yang ketika ini menjadi penasihat Amanah Kelantan dilantik mengisi jawatan naib presiden parti.

"Perlantikan ini adalah sebagai memenuhi usul yang diterima sebulat suara dan berkuatkuasa hari ini," katanya.

Kata Anuar, Husam akan mengetuai jawatankuasa hala tuju parti untuk pilihan raya umum akan datang dan menjadi anggota kanan biro politik parti itu.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu adalah salah seorang pembentang kertas kerja pada seminar berkenaan.

Bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu dipecat PAS dan mengumumkan menyertai Amanah pada akhir Ogos tahun lalu. - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Husam , Amanah , PAS

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan