Kaji Mekanisme Bolehkan Warga Emas Kerja Selepas Umur 60 Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 8 April 2017 9:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60 tahun.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata bagaimanapun kerajaan tidak bercadang untuk meningkatkan had umur persaraan buat masa ini.

"Kita menerima banyak maklum balas berkata (tingkat umur persaraan kepada 65. Tapi bukan semua yang mencapai 60 tahun ingin terus bekerja. Sesetengah mahu bersara.

"Kita cuba layan kehendak macam ini. Kalau mahu bekerja, teruskan bekerja,"  katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan (Makpem) 2017 yang bertemakan "Social Protection  and  Sustainable Development - Empowering Older Persons" di sini, Sabtu.

Katanya kerajaan juga sentiasa membincang dengan pihak berkepentingan bagi memperkenalkan dasar dan program bagi mewujudkan ekosistem yang mengalak penuaan aktif warga emas di negara ini.

Selain keboleh pasaran kerja, Rohani berkata kajian juga dilakukan merangkumi keperluan perumahan, kesihatan, sosial dan kebajikan golongan itu.

Ini selaras dengan unjuran bahawa Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang tahun 2030, di mana 15.3 peratus daripada penduduk adalah warga tua.

Menyentuh mengenai Rang Undang-Undang Pekerja Sosial, Rohani berkata ia dijangka dibentang pada sesi Dewan Rakyat pada Julai ini.

Katanya rang undang-undang khusus itu perlu sebagai usaha meningkatkan professionalisme pekerja sosial dalam mengendalikan kes.

Tags / Kata Kunci: Warga Emas

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan