Tayar Celup 'Pembunuh Senyap' Di Jalan Raya

Diterbitkan: Sabtu, 8 April 2017 11:47 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penggunaan tayar celup oleh kenderaan  perdagangan berat seperti lori, treler dan bas dilihat memberi ancaman kepada keselamatan pengguna jalan raya.

Pemilik kenderaan berat dilihat gemar menggunakan tayar celup tanpa kelulusan SIRIM Berhad kerana ia lebih murah berbanding tayar pneumatik baharu yang boleh mencecah sehingga RM2,000 untuk sebiji mengikut saiz dan jenama.

Penaung Kelab Pemandu Lori Malaysia, Ahmad Faizol Yaakop, mendakwa sikap sesetengah majikan memilih tayar celup bagi mengurangkan kos operasi yang dibimbangi boleh menjadi antara punca kemalangan membabitkan lori dan treler.

Ahmad Faizol, 28, yang telah 10 tahun bekerja dalam industri pengangkutan berat, mendakwa ramai majikan suka menggunakan tayar celup kerana faktor harga tanpa memikirkan risikonya.

"Walaupun murah, tetapi tayar tiruan (tayar celup) amat berbahaya kerana ia boleh meletup pada bila-bila masa...lebih buruk lagi, serpihan tayar boleh memecahkan cermin kereta yang berada berhampiran," katanya kepada Bernama di sini.

Berdasarkan maklumat pengendali Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), tahun lepas sahaja, sejumlah 1,485 kes kemalangan di lebuh raya adalah berpunca daripada pelanggaran objek dan 41.3 peratus daripada objek tersebut adalah tayar dan serpihan tayar.

Ahmad Faizol, yang bekerja sebagai pemandu lori membawa muatan kereta eksport mewah yang berpusat di Pelabuhan Klang, berkata tayar tiruan boleh didapati dengan harga serendah RM500 sehingga RM600.

Beliau berkata tayar celup diperbuat daripada tayar lama dan hanya diperbaiki dengan menambah bahan getah supaya menjadi seakan-akan tayar yang baharu.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan perlu memastikan usia kenderaan berat tidak melebihi 15 tahun bagi memastikan kenderaan itu berada dalam keadaan yang baik untuk dipandu pada jarak yang jauh.

Tags / Kata Kunci: Tayar Celup

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan