Rakyat Malaysia Di Sweden Selamat - Wisma Putra

Diterbitkan: Sabtu, 8 April 2017 2:06 PM

TRAK tunda menarik kenderaan yang digunakan dalam insiden rempuhan di Stockholm pada 8 April 2017. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam serangan menggunakan trak di Stockholm, Sweden tengah hari Jumaat, kata Wisma Putra.

Dalam kenyataan yang mengesahkan tentang perkara itu di sini hari ini, Kementerian Luar Malaysia berkata Kedutaan Malaysia di Karlavagen 37 juga menasihati rakyat negara ini supaya melaporkan kepadanya tentang keadaan mereka serta mengelak daripada berada di jalan raya yang sering mengalami kesibukan di Stockholm.

Bagaimanapun, menurut kementerian itu, pihak berkuasa Stockholm belum mengumumkan kewarganegaraan mereka yang menjadi mangsa dalam serangan itu.

Stockholm diletakkan dalam kawalan ketat selepas sebuah trak yang dirampas, merempuh sebatang jalan raya dipenuhi pejalan kaki berhampiran Ahlens, sebuah pusat beli-belah utama di Stockholm.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya lima orang maut manakala 15 cedera dan seorang suspek ditangkap berhubung serangan itu, yang berlaku di Drottninggatan, di bahagian tengah Stockholm.

Perdana Menteri Sweden Stefan Lofven menyifatkan kejadian itu sebagai  serangan ganas.

"Serangan ini nampaknya menggunakan modus operandi sama seperti dalam serangan di Nice dan Berlin tahun lepas serta kejadian dahsyat di jambatan Westminster beberapa minggu lepas apabila kenderaan digunakan untuk melakukan serangan.

"Orang ramai dinasihati supaya mengelak daripada berada di pusat bandar untuk sementara waktu," kata Wisma Putra seperti dilaporkan Bernama.

Menurut Wisma Putra, bagi mendapatkan maklumat lanjut atau melaporkan sebarang perkara kecemasan, orang ramai boleh menghubungi kedutaan itu melalui talian +46 (8) 440 8400 atau ibu pejabatnya melalui talian 603-88874570 atau 60388892746.

Tags / Kata Kunci: Stockholm , Wisma Putra

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan