PAS Turun Padang Beri Penjelasan RUU355 - Tuan Ibrahim

Diterbitkan: Sabtu, 8 April 2017 7:29 PM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Pemimpin PAS akan turun padang untuk memberi penjelasan berhubung Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau RUU355 kepada masyarakat, termasuk yang bukan beragama Islam, dalam masa dua tiga bulan akan datang.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pembentangan RUU355 memperjelaskan kekeliruan yang selama ini menggambarkan seolah-olah rang undang-undang itu merupakan pintu belakang kepada hudud.

"Pembentangan itu jelas bukan sebagaimana yang didakwa untuk melaksanakan hukum hudud, tetapi ia hanyalah menaik taraf mahkamah syariah. Pembentangan itu sedikit sebanyak meredakan kekeliruan masyarakat," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri program anjuran PAS di sini, Sabtu.

Pembentangan RUU355 dibuat Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Presiden PAS, pada hari terakhir Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13, pada Khamis lepas.

Tuan Ibrahim berkata: "PAS berasa lega dengan pembentangan RUU355 setelah sekian lama tertangguh."

Berhubung kerjasama dengan parti pembangkang lain seperti DAP, beliau berkata meskipun sudah tidak ada kesepakatan, namun pemuafakatan sebagai parti pembangkang masih wujud khususnya dalam pembahagian kerusi dalam pilihan raya ke-14 akan datang.

"Apa yang kita harapkan kerusi yang ditandingi PAS tidak akan diganggu oleh parti pembangkang lain. Sebenarnya dalam konteks pembangkang, tidak ada dibentuk satu muafakat berdaftar, seperti ada satu logo, satu lambang seperti Barisan Nasional, yang penting adalah muafakat," katanya.

Tags / Kata Kunci: PAS

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan