'Kenapa Lari?' - Keluarga Mangsa

Diterbitkan: Sabtu, 8 April 2017 1:57 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Keluarga mangsa langgar lari di Jalan Burma Khamis lalu mahu keadilan ke atas kematian wanita terbabit.

Anak bongsu mangsa yang mahu dikenali Cheah,23, berkata, mereka telah kehilangan segalanya dalam sekelip mata.

"Penunggang motosikal itu tidak berperikemanusiaan.

"Kami ada soalan kepada dia.

"Kenapa dia lari selepas langgar ibu kami?" ujar Cheah ketika majlis penghormatan terakhir ibunya di Mount Erskine pada Jumaat.

Cheah berkata, pihak doktor memberitahu bahawa ibunya mengalami 90 peratus pendarahan di otak.

Ketika kejadian Foo Swee Wah,58, dirempuh oleh sebuah motosikal yang melanggar lampu merah ketika melintasi jalan di laluan pejalan kaki pada pagi Khamis.

See Wah dalam perjalanan membeli stok barang-barang masakan untuk kedai makan miliknya.

"Ibu saya kebiasaannya akan pergi ke pasar sebelum kami memulakan perniagaan. Ketika kejadian berlaku lebih kurang 10 pagi, abang sulung saya ada di kedai.

"Penduduk-penduduk yang menyaksikan kejadian itu terus memberitahu abang saya," jelas Cheah.

Cheah turut meminta pihak media agar memberi ruang kepada keluarga dalam tempoh bersedih ini.

Ayah serta kakaknya turut menghadiri majlis tersebut.

Keluarga mangsa telah menuntut mayatnya dari bilik mayat Hospital Pulau Pinang pada tengah hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, penunggang motosikal telah ditahan di Hospital Pulau Pinang pagi Jumaat.

"Dia  dimasukkan ke wad selepas mengalami keretakan tulang pipi dan tulang dagu berikutan kejadian itu.

"Kami membawanya Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi merakamkan kenyataannya sebelum dihantar semula ke hospital untuk rawatan," jelasnnya.

Suspek memberitahu kepada media bahawa dia kelam-kabut ke tempat kerja dan tidak nampak lampu merah.

"Selepas itu saya terus ke hospital kerana cedera.

"Saya tidak berhenti kerana takut diserang orang ramai yang ada di situ," katanya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kematian, yang membawa hukuman penjara antara dua dan 10 tahun, denda sehingga RM20,000 dan penggantungan lesen memandu.

Pengebumian akan diadakan pada pukul 2 petang Isnin ini.

Tags / Kata Kunci: Langgar lari , jalan Burma

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan