Datuk Vida Enggan Disamakan Seperti Elizabeth Taylor

Diterbitkan: Jumaat, 7 April 2017 5:06 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menyangkal dakwaan sinis segelintir pihak kononnya beliau seperti Elizabeth Taylor yang sering gagal dalam perkahwinan.

Taylor merupakan bintang Hollywood yang menjadi perhatian umum apabila berkahwin lapan kali termasuk dua perkahwinan dengan individu yang sama.

Sebaliknya, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) berkata beliau sudah berusaha untuk mempertahankan perkahwinan ketiganya bersama Fairuz Ahmad Zainuddin tetapi gagal dipulihkan.

"Saya tak sangka kisah rumah tangga saya jadi isu besar dan orang nak tahu mengapa, kahwin cerai, kahwin cerai? Orang kata Elizabeth Taylor ke saya ni, kahwin cerai, kahwin cerai.

"Mereka tak berada di tempat saya. Mungkin kalau ingat cerai ini semuanya salah isteri atau salah saya. Orang boleh cakap apa yang tak betul dengan diri saya tapi hanya Allah yang tahu saya sudah lakukan yang terbaik," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Sebelum itu, perkahwinan selama tiga tahun Vida dengan Fairuz berakhir pada pagi Jumaat apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Ipoh.

Ditanya mengenai perasaannya selepas perkahwinan kali ketiganya turut berakhir dengan penceraian, usahawan selebriti itu berkata beliau akur dengan ketentuan Allah dan percaya ada hikmah di sebalik setiap ujian tersebut.

"Perasaan sedih, pilu... syahdu bercampur-baur belaka. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, Allah permudahkan segala urusan.

"Kita pun tak sangka panas hingga ke petang, ingatkan sehidup semati akan bersama dengan orang yang kita sayang tapi ia berakhir begini," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau masih mahu memperbaiki hubungan dengan bekas suaminya, Vida berkata beliau mahu menenangkan dirinya dan menyerahkan perkara itu kepada Allah.

"Kadang-kadang lepas satu-satu (masalah), kita baru nak gembira tapi Allah takdirkan jadi perpisahan begini. Saya rasa buat masa ini kita bertenang dulu dan tengoklah macam mana nanti," katanya.

Sementara itu, Fairuz yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp berkata beliau tidak menolak akan cuba memperbaiki hubungan dengan Vida.

"Ya sudah tentu. Kami masih boleh berbual-bual seperti biasa... kami tidak bergaduh," katanya.

Malah, Fairuz turut mengakui sedih kerana perkahwinan mereka gagal bertahan lama.

"Sedih dan pilu, Tuhan yang menentukan perjalanan dan jodoh kami terhenti di sini. Saya akan sentiasa ada jika dia masih memerlukan saya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Vida , penceraian

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan