Hadi Bentang RUU355 Tapi Status Masih Tergantung

Diterbitkan: Jumaat, 7 April 2017 9:26 AM

Abdul Hadi keluar dari Dewan Rakyat selepas membentangkan RUU355 di dewan itu pada Khamis. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dalam satu langkah yang belum pernah terjadi sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkenaan pindaan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 di Dewan Rakyat selepas diganggu beberapa Ahli Parlimen pembangkang.

Namun penangguhan perbahasan RUU355 itu bermaksud statusnya masih belum jelas sama ada diterima atau tidak.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata pada persidangan Dewan Rakyat akan datang, RUU yang dibentangkan Abdul Hadi itu akan dianggap sebagai rang undang-undang persendirian.

Nazri yang juga bekas menteri yang bertanggungjawab terhadap Parlimen berkata urusan kerajaan akan terus diberi keutamaan.

"Speaker mesti beri kebenaran. Ia bukan automatik (rang undang-undang dibentangkan Abdul Hadi dipanggil)," katanya.

Nazri berkata rang undang-undang itu hanya boleh bergerak ke hadapan jika usul tersebut dicadangkan untuk dibahaskan dan diundi.

"Jika beliau tidak mendapat undi yang diperlukan, maka ia akan berakhir di sana, tapi jika ia mendapat undi, maka kerajaan perlu mengambil alih rang undang-undang itu."Ini kerana untuk meminda RUU355, ia perlu datang dalam bentuk rang undang-undang kerajaan," katanya.

Nazri berkata kerajaan menyatakan dengan jelas bahawa Barisan Nasional (BN) akan berpegang kepada semangat permuafakatan dan tidak akan mengambil alih rang undang-undang itu.

Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah), yang juga seorang peguam berkata rang undang-undang dibentangkan Abdul Hadi hanya akan kekal dalam Kertas Perintah.

"Ia boleh kekal di sana tanpa apa-apa berlaku kepadanya untuk tempoh masa yang lama," katanya.

Tags / Kata Kunci: Abdul Hadi Awang , RUU355

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan