Kes Jong-nam Boleh Dirujuk Ke ICC Melalui UNSC

Diterbitkan: Jumaat, 7 April 2017 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan Kim Jong-nam boleh dirujuk ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) walaupun menghadapi batasan untuk berbuat demikian, menurut Presiden ICC Silvia Fernandez de Gurmendi.

Presiden wanita yang pertama ICC itu berkata, kes tersebut tidak dapat segera dirujuk ke mahkamah kerana Malaysia tidak menandatangani perjanjian Rome Statute.

"Mahkamah adalah sebuah badan treati, jadi ia hanya boleh menjalankan fungsinya apabila jenayah dilakukan dalam wilayah negara yang menandatangani perjanjian tersebut. Dalam usaha untuk mendapatkan perlindungan mahkamah, anda perlu menandatangani perjanjian," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Turut hadir ialah bekas ketua setiausaha Kementerian Luar Datuk Noor Farida Mohd Ariffin, setiausaha agung Anggota Parlimen bagi Tindakan Global (PGA) Dr David Donat-Cattin, dan setiausaha Kumpulan Kebangsaan PGA Malaysia M.Kulasegaran.

Bagaimanpun, Fernandez berkata Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) boleh merujuk kes itu ke ICC walaupun Malaysia tidak menandatangani perjanjian tersebut.

"Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) juga boleh merujuk situasi ke mahkamah selaras dengan piagam PBB...dan ini telah dua kali berlaku apabila UNSC merujuk keadaan di Darfur dan Libya ke mahkamah," kata beliau.

Fernandez juga berkata kes-kes yang dirujuk ke ICC adalah situasi keseluruhan dan bukan satu-satunya kes dan terserah kepada pendakwa raya mahkamah untuk menyiasat situasi tersebut dan mengenal pasti potensi kes.

Beliau berkata ICC hanya boleh campur tangan dalam keadaan tertentu dan menjadi pilihan terakhir sebagai mahkamah dan tidak bertujuan untuk menggantikan tribunal negara.

"Tribunal negara ialah yang perlu dahulu dalam semua situasi campurtangan tetapi apabila tiada kemungkinan untuk apa jua sebab, maka mahkamah berfungsi sebagai "backup," kata beliau.

Terdahulu, Fernandez mengadakan perbincangan meja bulat dengan Kulasegaran bersama anggota parlimen yang lain dan pegawai kerajaan untuk mengenal pasti serta mengatasi halangan yang dihadapi selama ini untuk Malaysia menganggotai ICC.

Semasa perbincangan tertutup, Fernandez menyampaikan ucaptama yang  menekankan mengenai peranan penting perjanjian tersebut kepada ICC dalam melindungi hak asasi manusia.

Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita tiba-tiba menyerbunya dari belakang dan menyemburkan mukanya dengan agen saraf bertoksik VX.

Jong-nam, yang menggunakan pasport yang tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan