Mahkamah Jenayah Khas Kes Seksual Kanak-Kanak Ditubuh Jun Depan

Diterbitkan: Jumaat, 7 April 2017 8:18 PM

Azalina Othman

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Jenayah Khas yang mengendalikan kes melibatkan jenayah seksual kanak-kanak dijangka bermula di Putrajaya pada Jun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perkara itu diputuskan hasil perbincangannya dengan Ketua Hakim Negara yang baharu Tan Sri Md Raus Sharif di Istana Kehakiman pada Jumaat.

Pertemuan itu turut disertai Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri Datuk Jalil Marzuki, Ketua Pengarah Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Datuk Anita Harun, Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia Datuk Abd Rahman Putra Taha dan Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Datuk Haini Hassan.

"Secara prinsipnya, Ketua Hakim Negara bersetuju dengan penubuhan Mahkamah Jenayah Khas ini dan ia dijangka bermula pada Jun depan di Putrajaya.

"Bagi memastikan prosiding dan perbicaraan kes berlangsung dengan lancar, hakim-hakim dan pengamal undang-undang akan menjalani latihan khusus anjuran ILKAP dalam tempoh terdekat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Azalina berkata penubuhan Mahkamah Jenayah Khas itu menunjukkan komitmen kerajaan untuk membanteras penganiayaan seksual kanak-kanak dan melindungi mereka secara holistik, sekali gus melancarkan perbicaraan kes yang melibatkan kanak-kanak.

Pada Selasa, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang antara lain menganggap kanak-kanak sebagai saksi kompeten bagi kes jenayah seksual. -Bernama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan