RUU Hadi Akan Dibentang Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 6 April 2017 8:44 AM

Abdul Hadi Awang.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) persendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengukuhkan mahkamah syariah akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Ia kini disenaraikan nombor satu dalam kertas aturan urusan mesyuarat Parlimen.

Tiada aturan mesyuarat kerajaan disenaraikan di dalam aturan berkenaan pada Khamis.

Abdul Hadi mungkin akan membentangkan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 sekitar tengah hari, selepas sesi soal jawab.

Pindaan ini berkaitan had jumlah hukuman yang boleh di jatuhkan di Mahkamah Syariah Negeri yang telah begitu lama tidak dipertingkatkan (iaitu hukuman rotan terhad kepada maksimum enam kali sebatan, denda tidak melabihi RM5,000 dan penjara maksima tiga tahun).

Dewan Rakyat sepatutnya menangguhkan sesi perbahasan pada pukul 11.30 malam Rabu tetapi ia kemudian dilanjutkan sehingga lima RUU kerajaan telah dibahas dan diluluskan.

Sesi Dewan Rakyat ditangguhkan pada pukul 4.58 pagi Khamis.

Pada November tahun lalu, Abdul Hadi membentangkan RUU untuk memberi kuasa kepada mahkamah Syariah bagi mengenakan hukuman yang lebih berat tetapi kemudian mencadangkan usul itu dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang di bawah Peraturan Mesyuarat 15 (5).

Rabu minggu lalu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membentangkan RUU berkenaan, selaras dengan amalan membuat keputusan berasaskan konsensus dalam kalangan parti-parti komponen.

Najib berkata, ia kekal sebagai RUU persendirian dan terpulang kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk memutuskan sebarang ketetapan berkaitan RUU tersebut di Parlimen.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan