Tekanan Emosi, Pelajar Tahun Enam Cuba Terjun Bangunan - Berita Semasa | mStar

Tekanan Emosi, Pelajar Tahun Enam Cuba Terjun Bangunan

Diterbitkan: Khamis, 6 April 2017 8:27 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Rompin gempar apabila seorang murid lelaki tahun enam dikatakan cuba terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian pada pukul 8 pagi sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada pentadbiran sekolah.

"Sebaik tiba, murid berkenaan didapati berada di hujung tingkat tiga bangunan sekolah itu dalam keadaan mendiamkan diri serta enggan beredar ke kawasan selamat walaupun telah dipujuk guru-guru dan rakan-rakannya.

"Mangsa dipercayai mengalami tekanan emosi sehingga bertindak sedemikian, "katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Bagaimanapun, anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, berjaya memujuk dan membawanya turun selepas sejam kemudian. Azli berkata, murid berkenaan kemudian telah diserahkan kepada keluarga dan sekolah bagi tujuan kaunseling.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan