Klinik Kesihatan KL Beroperasi Sehingga 9.30 Malam

Diterbitkan: Khamis, 6 April 2017 2:43 PM

Dr S. Subramaniam menguji mesin tekanan darah tinggi di pusat kesihatan kendiri di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL), ketika membuat lawatan mengejut ke klinik kesihatan baharu itu pada Khamis. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Waktu operasi perkhidmatan Klinik Kesihatan Kuala Lumpur di Jalan Fletcher di sini akan dilanjutkan sehingga 9.30 malam dalam tempoh tiga minggu lagi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata waktu operasi sekarang dari 8 pagi hingga 5 petang dilanjutkan bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.

"Sejak dibuka tiga hari lalu, kira-kira 700 pesakit telah mendapatkan perkhidmatan kesihatan di klinik ini," katanya mengenai fasiliti kesihatan itu yang sebelum ini dilapor mampu menampung sehingga 3,000 pesakit sehari.

Lebih 50 doktor perubatan termasuk empat doktor pakar kesihatan keluarga serta 200 pegawai kesihatan bertugas di klinik itu, kata Dr Subramaniam kepada pemberita selepas membuat tinjauan di klinik berkenaan pada Khamis.

Menteri itu berkata klinik itu menggantikan perkhidmatan Jabatan PesakitLuar Hospital Kuala Lumpur (HKL) sekali gus mengurangkan kesesakan di hospital berkenaan.

Dr Subramaniam berkata 12 perkhidmatan disediakan di klinik yang dibina dengan kos RM50 juta itu antaranya pesakit luar, pergigian, ibu dan anak, pakar,rehabilitasi, x-ray, makmal dan farmasi.

Mengenai aduan sesetengah pesakit perlu menunggu lama bagi memasukkan butiran dalam sistem berkomputer, beliau berkata masalah itu dijangka selesai dalam tempoh sebulan.

Beliau turut ditanya mengenai tawaran lima peratus tempat untuk kursus perubatan, pergigian dan farmasi di universiti awam (UA) kepada pelajar asing mulai pengambilan tahun ini.

Dr Subramaniam berkata usaha itu membolehkan UA menambah sumber kewangan kerana kos pengajian akan ditanggung sepenuhnya tanpa subsidi oleh pelajar asing berkenaan.

Tawaran tempat pengajian itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melakukan lawatan ke India. Ia selaras dengan liberalisasi sistem pendidikan tinggi dan usaha menjadikanMalaysia sebagai pusat pendidikan. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan