Dua Rakyat Malaysia Hilang Di Jakarta

Diterbitkan: Rabu, 5 April 2017 9:09 PM

HILANG... Junaina (kanan) dan Darwina menunjukkan gambar adiknya Kamarol Arifin (kanan) dan Mohd Shafa yang dilaporkan hilang di Jakarta, Indonesia sejak 30 Mac lepas. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LANGAT: Keluarga dua rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di Jakarta, Indonesia pada 30 Mac lepas merayu supaya pihak berkuasa kedua-dua negara memulakan usaha mengesan mereka secepat mungkin.

Kamarol Arifin Mohamad Darus, 27, dan Mohd Shafa Ahmad, 29, dilaporkan dilihat kali terakhir ketika berlepas ke Jakarta menaiki pesawat AirAsia pukul 2 petang, 30 Mac lepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di Sepang.

Hamidah Kordi, 65, ibu kepada Kamarol Arifin berkata sebelum ini anaknya tidak pernah gagal memaklumkan keluarga di mana dia berada dan sehubungan itu  beliau amat risau sekiranya mereka berdepan "perkara buruk".

"Sepatutnya anak saya dan kawannya balik (daripada Jakarta) Ahad malam tapi tak balik-balik... hati risau, mana tahu mereka ditimpa kesusahan sebab tak pernah macam ni (tidak memaklumkan tempat dituju)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini Rabu.

Menurut Hamidah, sebelum ke Jakarta untuk menonton konsert, Kamarol Arifin dan rakannya itu amat ceria dan dilihat tidak sabar-sabar untuk menjejakkan kaki buat pertama kali ke Indonesia.

Kamarol Arifin, seorang penghantar surat dan rakannya, Mohd Shafa, juruteknik di Klang merancang ke Jakarta bersama enam rakan lain namun kedua-dua mereka terpaksa berlepas melalui penerbangan dua jam lebih awal daripada kumpulan itu kerana tiket habis semasa tempahan dibuat Februari lepas.

Bagaimanapun, kumpulan enam rakan itu dilaporkan gagal mengesan Kamarol Arifin serta Mohd Shafa sepanjang berada di Jakarta setelah kedua-dua mereka turut gagal mendaftar di hotel tempat mereka menginap.

Sementara itu, kakak Mohd Shafa, Darwina Ahmad, 32, berkata kedua-dua keluarga telah membuat laporan kepada polis, Wisma Putra dan Jabatan Imigresen pada Isnin lepas apabila mereka gagal pulang ke tanah air seperti dijadualkan.

Menurutnya adik lelakinya itu berpengalaman ke luar negara termasuk atas urusan kerja dan sepatutnya tidak menghadapi masalah berkunjung ke negara jiran kali ini.

"Laporan sudah dibuat dan jika mereka tidak dapat dikesan juga, kami bercadang ke Jakarta bagi mencari mereka berdua ," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: rakyat Malaysia , hilang , Jakarta

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan