Kahwin Perogol: Kenyataan Shabudin Tak Boleh Diterima

Diterbitkan: Rabu, 5 April 2017 9:45 AM

Abdul Rahman Dahlan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya berhubung perkahwinan antara perogol dan kanak-kanak mangsa rogol tidak boleh diterima pada abad ke-21 ini, kata Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau benar-benar kecewa dengan kenyataan Shabudin yang dibuat di Dewan Rakyat.

"Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup, mempunyai impian dan berseronok. Jika ibu bapa tidak dapat menyediakan zaman kanak-kanak yang baik untuk anak-anak mereka, adalah tanggungjawab Kerajaan untuk melindungi kepentingan kanak-kanak Malaysia," kata Abdul Rahman dalam satu kenyataan, lewat malam Selasa.

Pada Selasa, Shabudin berkata, tiada salahnya bagi seorang mangsa rogol berkahwin dengan perogol, malah menyifatkan segelintir kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun bersedia dari segi fizikal dan rohani untuk perkahwinan.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan tentang Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 selepas beberapa Ahli Parlimen pembangkang mencadangkan supaya pindaan itu memasukkan perkahwinan kanak-kanak sebagai satu kesalahan.

Susulan kenyataan itu, Shabudin menerima kecaman hebat pelbagai pihak.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan Shabudin, Abdul Rahman berkata, Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan menyebut mana-mana lelaki yang melakukan hubungan seks dengan gadis di bawah usia 16 tahun merupakan kesalahan merogol, walaupun perkara itu mendapat keizinan daripada gadis berkenaan.

"Ia adalah tanggapan bahawa saya percaya undang-undang yang digubal untuk melindungi kanak-kanak terutama gadis bawah umur," kata Abdul Rahman.

"Oleh itu, ia tidak boleh diterima dalam abad ke-21 untuk mencadangkan seorang perogol yang sepatutnya didakwa boleh lari daripada tanggungjawab undang-undang dengan hanya mengahwini mangsa," tambahnya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan