Perlakuan Seks Dengan Kanak-Kanak Bawah 16 Tahun Tetap Dianggap Rogol - Azalina - Berita Semasa | mStar

Perlakuan Seks Dengan Kanak-Kanak Bawah 16 Tahun Tetap Dianggap Rogol - Azalina

Diterbitkan: Rabu, 5 April 2017 3:47 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mana-mana individu yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah sama ada secara rela atau dipaksa tetap dikategorikan sebagai rogol.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata siasatan akan dimulakan terhadap kes itu sekiranya terdapat laporan polis berhubung kejadian rogol berkenaan.

"Bagaimanapun, tertakluk kepada budi bicara pendakwa raya dan keterangan yang ada untuk membuat pertuduhan dan meneruskan dengan pendakwaan di mahkamah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Berhubung persoalan sama ada perkahwinan antara mangsa dengan pelaku yang merogolnya boleh menyebabkan pesalah itu terlepas daripada pendakwaan, Azalina berkata perkara itu tidak benar.

Isu perkahwinan bawah umur menjadi tumpuan dan perhatian beberapa anggota Parlimen ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Azalina menjelaskan bahawa pelaku berkenaan tidak akan terlepas daripada hukuman sekiranya melakukan hubungan seks dengan mereka yang berumur 16 tahun ke bawah dan boleh didakwa di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan.

Di bawah seksyen sama, hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan juga boleh dikenakan.

"Isu ini tidak seharusnya diputarbelitkan oleh mana-mana pihak kerana ia perlu ditangani bersama untuk masa depan generasi akan datang," katanya.

Beliau berharap Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang diluluskan Dewan Rakyat semalam dapat menangani isu melibatkan kanak-kanak. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: rogol , hubungan seks , remaja bawah umur
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan