Mengapa Biar Perogol Kahwini Anak Perempuan Anda, Soal Ahli Parlimen

Diterbitkan: Rabu, 5 April 2017 3:39 PM

Takiyuddin Hassan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Idea bahawa gejala sosial boleh diselesaikan dengan membenarkan perogol berkahwin dengan mangsa, meskipun mereka dibawah umur adalah tidak munasabah, kata beberapa Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Kota Baru (PAS) Datuk Takiyuddin Hassan menentang sekeras-kerasnya idea itu.

"Perkahwinan bawah umur dibenarkan dalam Islam, tidak dinafikan mengenainya. Tetapi rogol adalah satu kesalahan jenayah dan salah di sisi agama.

"Kita tidak boleh menghalang ibu bapa daripada mengahwinkan anak perempuan mereka dengan perogol tetapi secara peribadi saya tidak akan membenarkan ia berlaku.

"Mengapa anda mahu berikan anak perempuan anda kepada mereka yang telah merosakkan kehidupannya? Ia sukar diterima," katanya merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya di Parlimen pada Selasa.

Shabudin mencadangkan tiada masalah jika perogol berkahwin dengan mangsa mereka tetapi Ahli Parlimen Kulai (DAP) Teo Nie Ching tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

Sehubungan itu, Nie Ching (DAP-Kulai) turut menyatakan kebimbangan mengenai lebih banyak kes perkahwinan kanak-kanak bawah umur akan berlaku.

Beliau berkata keluarga perogol boleh memberi tekanan kepada mangsa untuk menyelesaikan kes itu diluar mahkamah menerusi perkahwinan.

"Dan jika suami mangsa didakwa di bawah Kanun Keseksaan, siapa yang akan menjaga isterinya? Dia akan dipisahkan dari suaminya.

"Tindakan ini tidak akan membantu," katanya.

Tags / Kata Kunci: perogol , perkahwinan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan