Peranti Biometrik 'Hilang' Hanya Bernilai RM140,000 Bukan RM10.3 Juta

Diterbitkan: Rabu, 5 April 2017 4:53 PM

Mustafar Ali.

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Jabatan Imigresen menafikan peralatan pemeriksaan biometrik bernilai RM10.3 juta hilang seperti dinyatakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Mengulas mengenai laporan dibentang PAC di Dewan Rakyat pada Selasa, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata nilai sebenar peranti itu hanyalah RM140,000.

"Sebanyak 200 peranti biometrik dibeli. Namun, 69 dilaporkan hilang.

"Laporan segera dikemukakan untuk memaklumkan kementerian dan siasatan telah dijalankan. Kami berjaya menemui 11, jadi angka sebenar ialah 58 bukan 69 seperti yang disebut oleh PAC.

"Kami mengikut prosedur operasi standard dalam menangani perkara itu. Semuanya telah dilakukan sebelum PAC meminta Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di sini Rabu.

Mustafar berkata siasatan masih dijalankan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Pada Selasa, Pengerusi PAC Datuk Seri Hasan Arifin berkata Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) telah dibekalkan dan dibayar tetapi tidak digunakan di pusat pemeriksaan sempadan.

"Jika mereka (kementerian) gagal mengesan peralatan itu, kami menggesa mereka untuk menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab," kata Hassan.

PAC mendapati selain daripada MyIMMS, satu sistem berbeza iaitu Sistem Pendaftaran dan Penguatkuasaan Warga Asing (NERS) digunakan susulan kelulusan kementerian pada 8 Februari 2011.

Sistem NERS bernilai RM912 juta yang digunakan dari 1 Jun 2011, diperolehi menerusi perjanjian konsesi selama12 tahun.

PAC berkata Jabatan Imigresen kemudiannya terpaksa menyeragamkan sistem biometrik di depot tahanan kerana dua sistem tersebut menggunakan teknologi yang berbeza dan tidak sesuai.

Tags / Kata Kunci: Jabatan Imigresen , sistem biometrik , PAC

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan