Batal Debat Tun M-Nazri: Polis Tak Salah Guna Kuasa - Khalid

Diterbitkan: Selasa, 4 April 2017 11:38 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mempertahankan keputusan membatalkan debat antara Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz bukan bersifat penyalahgunaan kuasa, sebaliknya pelaksanaan undang-undang untuk melindungi kepentingan dan keselamatan awam.

Beliau berkata, polis hanya menjalankan kuasa yang diberi pada pasukan itu mengikut Akta Polis 1967.

Tegas beliau, polis mempunyai sebab untuk percaya bahawa terdapat risiko ancaman keselamatan jika acara itu dibenarkan susulan aduan dan bantahan yang diterima terhadap penganjuran debat tersebut.

"Untuk mendakwa polis menyalahgunakan kuasanya adalah tidak munasabah kerana PDRM telah memudahkan proses debat lain sebelum ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Khalid berkata, kuasa budi bicara yang diberikan kepada pihak polis tidak seharusnya dianggap disalahgunakan apabila ia melibatkan ancaman kepada keselamatan dan kebajikan orang awam.

"Ia sekali gus bukan soal salah guna kuasa tetapi tugas polis untuk menjalankan kuasa budi bicaranya yang dilakukan dengan niat baik demi kepentingan rakyat," kata Khalid.

Pada 2 April, polis Selangor mengumumkan debat yang dijadualkan berlangsung di ibu pejabat Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam pada 7 April dibatalkan kerana ancaman yang dipercayai boleh mengganggu gugat keselamatan awam.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, hasil risikan polis menunjukkan terdapat pihak tertentu mungkin akan mencetuskan gangguan, bukan sahaja pada hari debat, tetapi juga sebelum dan selepas berlangsungnya acara itu.

Polis sebelum ini telah memberikan kelulusan untuk debat yang dijadualkan pada 7 April itu diadakan di ibu pejabat Karangkraf  itu.

Debat itu sepatutnya berlangsung di MRSM Kuala Kangsar pada 25 Mac lalu tetapi dibatalkan selepas polis Perak enggan mengeluarkan permit susulan beberapa laporan polis yang dibuat penduduk setempat.

Tags / Kata Kunci: debat , Tun M-Nazri Aziz , PDRM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan