Zahid Nafi Campur Tangan Politik Batal Permit Debat Tun M-Nazri

Diterbitkan: Selasa, 4 April 2017 4:29 PM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bergambar bersama pelajar International Modern Arabic School ketika melawat sekolah antarabangsa itu, Selasa.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan wujud campur tangan politik dalam keputusan pembatalan permit debat antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan membatalkan permit debat di Kuala Kangsar dan Shah Alam itu dibuat sepenuhnya oleh Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat dan Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan.

"Ia keputusan pengoperasian dan tidak dirujuk kepada saya sebagai Menteri Dalam Negeri apatah lagi kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya kepada pemberita semasa lawatannya ke The International Modern Arabic School, di sini, Selasa.

Ditanya sama ada keputusan itu akan dikaji semula, Ahmad Zahid berkata beliau sedia meneliti arahan-arahan Ketua Polis Selangor dan Pemangku Ketua Polis Perak berhubung pembatalan permit itu serta alasan yang diberikan.

"Saya perlu mengkaji alasan-alasan kenapa debat itu dibatalkan. Jika kami rasa debat itu perlu diteruskan, kami akan minta polis beri permit," katanya.

Bagaimanapun, jika pihak polis menasihatkan supaya debat itu tidak diteruskan, beliau akan menghormati cadangan dan keputusan tersebut, kata Ahmad Zahid.

Ahad lepas, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff dilaporkan sebagai berkata debat antara Dr Mahathir dan Mohamed Nazri di Kompleks Karangkraf, Shah Alam yang dijadualkan pada 7 April ini dibatalkan atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.

Sebelum itu, debat di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kati, Kuala Kangsar yang dijadualkan pada 25 Mac lepas turut dibatalkan oleh Polis Perak atas faktor yang sama.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Nazri , Tun M , Ahmad Zahid

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan