Lapan Didakwa Serang Khalid Samad Di Parlimen

Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 6:38 PM

Khalid Samad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lapan lelaki didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955 pada Isnin kerana menyerang Ahli Parlimen pembangkang, Khalid Samad di Parlimen pada November tahun lalu.

Mereka termasuk anak lelaki kepada seorang timbalan menteri yang didakwa mengikut Seksyen 14 akta berkenaan di kompleks Mahkamah Duta.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Majistet, Ahmad Solihin Abd Wahid.

Di bawah Akta tersebut, mereka dikenakan denda tidak lebih RM100 sekiranya didapati bersalah.

Mereka diwakili peguam, Datuk Sallehuddin Saidin dan tarikh sebutan kes pada 8 Mei depan.

Mengulas mengenai perkara itu di lobi Parlimen, Khalid yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam berkata, beliau akan menulis surat kepada Peguam Negara di atas hukuman begitu ringan dihadapi kesemua tertuduh.

Beliau berharap Peguam Negara akan mengkaji semula keputusannya berikutan terdapat seksyen di bawah Kanun Keseksaan kerana menyerang anggota Parlimen.

Khalid turut memberitahu, beliau akan menulis surat kepada Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya pihak Parlimen boleh mengambil alih kes tersebut.

Peguamnya, Zulhazmi Shariff berkata, Ketua Polis Kuala Lumpur pada awalnya memaklumkan bahawa kes berkenaan di bawah Seksyen 127 kerana merusuh.

Firdaus Tajuddin, anak lelaki kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman didakwa merupakan sebahagian daripada kumpulan dari Pemuda Umno bahagian Pasir Salak yang menyerang Khalid sebaik sahaja ahli Parlimen itu keluar dari keretanya di pintu masuk Dewan Rakyat dalam insiden 24 November lalu.

Kejadian itu dipercayai disebabkan tindakan Khalid memanggil Tajuddin "Menteri sial di Dewan Rakyat sebagai tindak balas kepada Tajuddin yang membuat rujukan dengan kata-kata kesat terhadap nama keluarga Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan