5,052 Kes Dera Seksual Kanak-Kanak Dalam 5 Tahun - Rohani

Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 6:18 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 5,052 kes penderaan seksual kanak-kanak dilaporkan di negara ini dalam tempoh lima tahun terakhir dan kebanyakan pesalah terdiri daripada ibu bapa, penjaga atau yang rapat dengan mereka termasuk pedofilia.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim memberitahu Dewan Rakyat, walaupun tidak semua kes penderaan seksual melibatkan pedofilia, peningkatan kes menunjukkan ancaman golongan itu perlu diberi perhatian serius. 

"Perdana Menteri semasa sambutan Hari Wanita 2016 telah mengarahkan agar pasukan petugas khas ditubuhkan bagi meneliti perkara ini. 

"Hasil dari tindakan pasukan itu, satu Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 akan dibahaskan hari ini," katanya menjawap soalan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) semasa sesi soal jawab. 

Rohani berkata, dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini juga, kes penderaan seksual kanak-kanak telah menunjukkan trend peningkatan, kecuali pada 2014 dan 2015 yang sedikit menurun. 

Katanya, ancaman pedofilia boleh dilihat berdasarkan penggunaan dan pendedahan teknologi yang mudah diakses seperti Facebook, instagram dan twitter.

Malah, katanya, impak internet serta media sosial terhadap eksploitasi seksual ke atas kanak-kanak oleh seorang pemangsa pedofilia amat meluas sehingga merangkumi ramai mangsa pada satu-satu masa melalui aktiviti 'cyber grooming'.

"Berdasarkan keadaan ini, kementerian melihat jenayah pedofilia adalah satu ancaman yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak dan saya sangat berharap rang undang-undang yang dibentangkan hari ini akan mendapat sokongan semua pihak," katanya.

Rohani juga berkata, 824 kes kanak-kanak di bawah 18 tahun dilaporkan hilang oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun lepas.

Kementerian dan PDRM, katanya telah mengambil inisiatif merangka satu sistem amaran awal kanak-kanak yang dikenali sebagai National Urgent Response Alert atau NUR Alert di mana 11 daripada kes itu dilapor melalui sistem berkenaan.

Sistem ini merekod kehilangan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan maklumat mereka yang hilang disebarkan kepada masyarakat umum secara meluas.

Ia dibuat menerusi pelbagai medium seperti laman sesawang, poster, mesin pengeluaran wang automatik (ATM), sistem pesanan ringkas (SMS), televisyen, akhbar, sistem pesanan bergambar (MMS) ‘electronic board’ dan papan kenyataan. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan