Kedutaan Filipina Lakar Sejarah Buka Surau

Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 3:34 PM

DUTA Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya (kanan) bersama Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang meninjau kemudahan surau yang disediakan selepas merasmikan surau berkenaan di Kedutaan Filipina pada 3 April 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur pada Isnin mencatat sejarah sebagai negara pertama bukan majoriti Islam menyediakan surau.

Surau yang terletak di tingkat bawah bangunan kedutaan itu adalah kali pertama disediakan sejak Filipina membuka kedutaannya di negara ini pada 1959.

Duta Filipina di Malaysia, J.Eduardo Malaya berkata pembinaan surau itu adalah usaha kedutaan memenuhi keperluan petugasnya, menggalakkan kebersamaan dan persefahaman dalam kalangan penganut agama yang berbeza.

"Kami mempunyai petugas beragama Islam dari Filipina serta Malaysia, dan satu perkara yang saya lakukan sejak lima tahun lalu ialah memenuhi keperluan kakitangan Islam bersolat.

"Pada peringkat awal, kedutaan ini menyediakan sebahagian bilik persidangan sebagai tempat untuk bersolat. Saya meletakkan tanda arah kiblat dan sejadah," katanya kepada Bernama pada majlis perasmian surau itu pada Isnin.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang yang menjadi tetamu kehormat.

Malaya, yang menamatkan tugas lima tahun setengahnya sebagai duta hari ini, berkata beliau ada berbincang dengan komuniti Islam Filipina di Malaysia dan mereka bersetuju mengadakan surau itu.

Katanya, surau itu juga sebagai simbolik kesediaan negara itu menerima pelancong Islam.

Semakin banyak perniagaan dan pejabat Filipina yang mempunyai tempat khusus untuk solat, katanya.

"Terdapat kira-kira lima juta warga Filipina yang beragama Islam, dengan kebanyakannya tinggal di selatan Filipina," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kedutaan Filipina

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan