Jenazah Ketua Polis Kelantan Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 2:07 PM

Jenazah Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail diusung untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Badak, Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Jenazah Allahyarham Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Badak di sini, Isnin.

Allahyarham Ab Rahman, 59, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur akibat komplikasi kesihatan termasuk serangan jantung pada 3.45 petang Ahad.

Jenazah Allahyarham yang dibawa dengan van jenazah dari Kuala Lumpur, tiba di rumahnya di Jelawat di sini pada 3.30 pagi tadi.

Solat jenazah yang diadakan di Masjid Naim, Jelawat di sini turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, pegawai kanan polis dan penduduk kampung.

Solat jenazah sekali lagi diadakan di Masjid An-Nur Mukim Badak di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Badak pada 9.30 pagi.

Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan itu ialah isteri Allahyarham, Datin Che Nat Hassan, kesemua tujuh anaknya serta kira-kira 1,000 orang termasuk penduduk kampung.

Sementara itu, Noor Rashid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat berterima kasih terhadap usaha yang dilakukan oleh Allahyarham khususnya dalam memerangi gejala penagihan dan pengedaran dadah di Kelantan.

Beliau berkata Allahyarham adalah seorang yang amat komited dalam menjalankan tugas dan sampai ke saat akhir beliau masih memberikan perhatian serius terhadap tugasnya.

"Allahyarham memang sentiasa mementingkan kerja malah di saat akhir beliau masih sempat berbincang dengan saya mengenai beberapa perkara tetapi malangnya hasratnya tidak kesampaian," katanya kepada pemberita di sini.

Mengulas mengenai pengganti Allahyarham, Noor Rashid berkata pihaknya akan melihat siapa yang lebih sesuai dan perkara itu akan dibincangkan kemudian.

Allahyarham dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan pada 18 Julai tahun lepas menggantikan Datuk Mazlan Lazim.

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Shahrizan Ab Rahman, 36, pula mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu membawa pulang dan menguruskan pengebumian jenazah bapanya itu.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan