Nasi Kandar Pelita Perjelas Caj Cuci Muntah Pelanggan

Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 1:43 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Restoran Nasi Kandar Pelita tampil memberi penjelasan berhubung bil 'cuci muntah pelanggan' yang kini tular di media sosial.

Pengarah Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd, Datuk K. K Sihabutheen Kirudu Mohamed berkata, caj tersebut terpaksa dikenakan selepas terdapat pelanggannya muntah dengan teruk di dalam pinggan dan di atas meja restoran berkenaan, awal pagi Ahad.

Katanya, apa yang berlaku menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pelanggan lain yang sedang makan di situ, menyebabkan pekerja restoran segera membuang pinggan dan gelas yang terkena muntah di dalam tong sampah.

"Ini sebenarnya bukan caj untuk cuci muntah, tapi untuk barang-barang yang telah dibuang seperti pinggan dan gelas.

"Pelanggan lain tengok dan mereka marah, sebab itu pekerja membuangnya dan kenakan caj minimum RM15," katanya kepada mStar Online, Isnin.

Pemilik Nasi Kandar Pelita tersebut mengulas tentang kejadian kira-kira pukul 5 pagi Ahad apabila pelanggannya yang mabuk dan muntah di meja restoran Nasi Kandar Pelita di Ampang dikenakan 'caj pembersihan' sebanyak RM15 seperti yang tertera dalam resit yang dikeluarkan.

Sihabutheen menegaskan, pengurusan restoran tidak pernah mengenakan caj mencuci muntah kanak-kanak atau mereka yang tidak sengaja muntah di lantai restoran berkenaan seperti yang didakwa sesetengah pihak selepas resit berkenaan tersebar di internet.

Katanya, seperti rangkaian restoran lain yang beroperasi 24 jam, terdapat pekerja khas untuk mencuci dan kes pelanggan muntah bukanlah satu perkara serius.

"Untuk bersihkan muntah bukan perkara besar, tapi bila muntah atas peralatan, kita kena kena segera buang sebab kita pentingkan aspek kebersihan dan keselesaan pelanggan.

"Kita boleh bersihkan, tak ada masalah, tapi kalau muntah teruk-teruk kita rasa perlulah ambil sedikit tindakan," katanya.

Jelasnya, selepas isu ini tular, pelanggan berkenaan telah memberi penjelasan kepadanya, menyatakan bahawa caj itu telah dipersetujui antara dua pihak.

"Mereka tiada masalah bayar caj itu dan menyiarkan gambar resit di Facebook untuk tujuan suka-suka,bukan untuk memburukkan nama Pelita. Tuduhan tak berasas dibuat oleh pihak lain," katanya.

Sihabutheen yang juga pemilik rangkaian restoran nasi kandar popular ini berkata, pihaknya sentiasa terbuka menerima pelanggan asalkan mereka tidak mencetuskan gangguan atau pergaduhan.

Ditanya apakah tindakan selanjutnya jika kejadian ini berulang, beliau berkata pihaknya akan meneliti isu ini sebelum membuat sebarang keputusan.

"Mungkin kita akan keluarkan satu garis panduan dan akan seragamkan di semua restoran," katanya.

Sihabutheen berkata, beliau tidak menyalahkan pelanggannya dalam hal ini tetapi kesal dengan sesetengah pihak yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap restoran ini.

Katanya, dalam hal ini faktor kebersihan dan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan