24 April Diisytihar Hari Kelepasan Am Tambahan

Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 12:01 PM

Sultan Muhammad V

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tarikh 24 April ini diisytihar sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara, sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata pengisytiharan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri berkenaan diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.

"Sultan Muhammad V dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Selasa, 13 Disember 2016 menggantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan baginda pada 12 Disember 2016.

"Sehubungan itu, kerajaan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong ke-15 akan mengadakan dua acara utama sempena pertabalan baginda.

"Istiadat Pertabalan akan diadakan pada pagi hari Isnin, 24 April bertempat di Balairung Seri, Istana Negara manakala, pada sebelah malam diadakan Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan, Istana Negara," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Selain itu, dua acara lain akan turut diadakan pada 20 April ini iaitu majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat bertempat di Masjid Putra, Putrajaya disusuli Pameran Raja Kita pada hari Selasa, 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara lama).

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan