Tun M Kecewa Permit Dialog Ditarik Balik

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 10:07 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa apabila polis menarik balik kebenaran untuk program dialog antara beliau dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada 7 April ini.

Penganjuran dialog oleh Sinar Harian itu sepatutnya diadakan di ibu pejabat Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam dibatalkan atas alasan polis menerima bantahan daripada penduduk sekitar.

Dengan nada tidak berpuas hati sambil, Dr Mahathir berkata, alasan tersebut bagaikan orang yang takut.

"Bukan ada siapa pun yang duduk di situ, yang ada cuma kilang sahaja. Berani kerana benar, takut kerana salah," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 4,000 hadirin di Program Bicara Rakyat Perdana anjuran Parti Bersatu di Taman Paya Rumput Bestari, di sini, Sabtu malam.

Turut hadir, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Bersatu Melaka, Mohd Redzuan Md Yusof, timbalannya Mohd Rafiq Naizamohideen serta beberapa pemimpin dari Pakatan Harapan negeri Melaka.

Sementara itu, ketika ditanya media mengenai pembatalan tersebut, Dr Mahathir menjelaskan perkara itu memang sudah dijangkakan.

"Saya sudah jangka dia memang tidak berani, bagaimanapun saya tetap menunggu sekiranya ada peluang lain," katanya.

Pada Sabtu, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, pembatalan itu dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat.- Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Mahathir , Nazri , Karangkraf

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan